Dari dulu lagi aku tahu ada sesetengah mazhab Kristian menggunakan nama Allah. Tapi tidak pernah pula aku keliru dan beritahu kawan-kawan aku yang lain agamanya,
"Eh, Tuhan kita sama bah."
Mengapa? Pasal aku bukan bodoh. Pasal aku diajar tentang agama Islam di sekolah agama dulu. Pasal aku tahu Islam dan Kristian itu lain ejaannya, tidak sama. Aku tahu agama aku dan kawan-kawan aku ada yang berlainan. Kami berbeza di aspek itu. Tapi tidak pernah pula aku mahu menetak kepala mereka. Atau pergi membakar rumah mereka. Apalagi gereja tempat mereka beribadat. Malah semasa tadika aku suka seorang gadis Katolik yang bernama Amy. Bukan Amy Search.
Kenapa mesti begitu skeptik? Adakah benar jika nama Tuhan itu sama kita akan jadi keliru? Jika benar ada yang keliru, maka pastilah itu salah ibubapa yang terlupa untuk memberitahu anak mereka bahawa mereka beragama Islam.
Daddy: "Sonny, I forgot to tell you for the last twenty years that we are actually Muslim!"
Sonny: "What?? I thought we were Jews??"
Aku pergi ke sekolah agama semasa aku masih belajar di darjah. Kemudian semasa sekolah menengah, selama 3 bulan aku belajar di Sekolah Menengah Agama Toh Puan Hajjah Rahmah yang mempunyai lebih 20 subjek yang hampir separuh dalam bahasa Arab. Kemudian aku pindah ke Sekolah Menengah Sains Sabah. Adakah ini bermakna kita perlu pergi ke sekolah agama dulu baru kita tahu Tuhan kita tidak sama? Tidak. Senaif-naif dan dungu aku semasa kecil dulu pun aku sangat faham yang Islam dan Kristian itu berbeza. Lainlah kalau keluarga aku mengamalkan paganisme. Kita bangsa berilmu, kita diberi pendidikan dan kerana itu kita tidak patut skeptik dengan perkara ini jika kita yakin otak kita masih berfungsi.
Seperti yang aku kata tadi, orang yang terkeliru tentang Tuhan ini hanyalah orang yang tidak berpendidikan atau ibu dan ayahnya yang melepaskan tanggungjawab agama. Sinisnya, di sebalik kekecohan ini, mungkin berapa keratlah lagi ibubapa yang masih mengingatkan anak-anak tentang solat dan tentang Islam? Berapa ramai yang tidak puasa?
Terima kasih mama, mamalah yang selalu mengingatkan aku. Hingga usia 22 tahun ini.
"Ri! Sudah sembahyang Mahrib kah?"
"Ri! Bangun Subuh bah!"
Suara yang aku tidak akan lupa. Tapi apabila aku di sini aku tetap lalai juga. Siapalah aku mahu berkata?

1 Comments:
sbb ni laa aku pelik kenapa isu ni jd hot gila.. dorg dh guna nama tu lame dah kot.........
Post a Comment