Pages

Sunday, January 17, 2010

Hitam dan Putih

Ini bukan cerita pasal warna kulit
ini cerita benar
yang juga bohong
ini cerita benar
yang isinya tak kosong

Hitam dan putih lahir bersama
kerana hitam wujud kerana putih ada
bagai cahaya dan bayang
bagai panggung dan wayang

Hitam dan putih itu juga hati
apabila berkecamuk menjadi kelabu
apabila kelabu menjadi keliru
apabila keliru haru dan biru

Orang dulu orang sekarang
putih hitam adakah beza
bukan kulit tapi nilainya
hilang ruang jadi pemisah
biar hilang maruah
biar muka diconteng arang

Putih hitam lahir bersama
tapi wujud tak serupa
kerana yang lahir yang zahir tak sama

Hitam putih itu petanda
putih itu syurga
hitam itu neraka
ikut hati mati rasa diikut binasa
dimana mahu kutempah syurga
kerana kelabu itu yang kita suka.

3 Comments:

N3_XieRRa said...[Reply]

cool....ko ni hebat je tak kira bm ke bi...
kagum.....*tepuk tgn

mrskzee said...[Reply]

aku bagi kau A.

Valossa Vicious said...[Reply]

Thank you, thank you. Nanti aku buat bahasa Uganda. Nantikan ya adik-adik.