Pages

Saturday, January 16, 2010

Aktiviti Hari Ini (Atau Malam Ini)

Hari ini aku dan tiga orang lagi telah pergi ke Seksyen 7 Shah Alam untuk menghisap (perkataan ini lawak dan mencurigakan) shisha dan melepak sambil membuang masa. Dengan gembiranya kami pun pergi ke restoran encik Bandi yang bernama Bun D. Eh, aku baru perasan, kenapa pos-pos aku baru-baru ini selalu berkisar pasal bistro encik Bandi yang mahal itu? Sila abaikan tuan dan puan. Otak penulis berada dalam keadaan ekstasi.

Jadual malam ini adalah ringkas:

Jam 12.00 : Tunggu Akmal datang dari Bangi.

Jam 12:05 : Kumpulkan ahli, berjaya mengumpul seramai empat orang.

Jam 12:07 : Merancang untuk menghisap shisha dan bermain Left 4 Dead 2.

Jam 12:15 : Aku pergi tandas sekejap, kencing.

Jam 12:20 : Turun tangga dari rumah aku yang berada di tingkat kelima. Cibai betul tinggi.

Jam 12:23 : Bergerak ke destinasi.

Jam 12:30 : Sampai ke destinasi.

Jam 12:35 : Cari tempat kosong, orang terlalu ramai.

Jam 12:47 : Pelayan datang ambil order. Dapat abang aww-aww. Cilaka.

Jam 12:48 : Dutz order Coke bunyi macam "cock". Ketawa kaw-kaw. Order shisha perisa Sweet Melon + Strawberry + Mint.

Jam 1:00 : Minuman sampai.

Jam 1:05 : Shisha sampai. Sambil cari-cari awek lawa yang kerja sini. Memang cun ooo.

Jam 1:19 : Layan shisha. Kami mendapati formula shisha kami boleh membuatkan otak naik sheikh. Hahaha. Gurauan. Membuatkan kepala pening. Macam "high". Pelik!

Jam 1:25 : Terus melepak dan menyumbang idea. Sampai keluar cerita-cerita tidak senonoh.

Jam 2.00 : Masih melepak.

Jam 2.40 : Berambus dari kedai shisha dan mula mencari kafe siber.

Jam 2:50 : Kafe siber semua tutup. Cis!


Nota : Waktu dan masa yang dinyatakan diatas adalah dijangka dan dibedal sesedap rasa.

0 Comments: