Jumaat ini harga rokok akan ditetapkan minimum RM6.40 sekotak atau RM0.32 sebatang. Ini bermakna, rokok-rokok kelas bawahan seperti Era, Luffman, Saat, Astro, Rave, dan entah berapa macam lagi rokok-rokok murah yang keluar macam cendawan ini juga secara automatiknya akan menjadi rokok mahal. Tapi tidak pasti pula jika rokok-rokok bermaruah dan kasta tinggi seperti Dunhill, Marlborro, Winston, Imei, Camel, dan segala macam rokok lagi akan turut mengalami perubahan harga.
Tidak dinafikan, ini merupakan perkembangan yang baik kononnya untuk negara ini yang cukup padat dengan perokok. Pelajar sekolah rendah dan menengah juga mungkin akan berfikir dua-tiga kali sebelum membeli rokok. Mungkin ini dapat menghalang lebih ramai lagi dari budak-budak hingusan ini dari terjebak dengan aktiviti merokok. Walaupun aku merokok, aku juga tahu tabiat ini memang satu pembaziran dan tidak bermanfaat.
Tapi persoalannya disini, benarkah ini penyelesaiannya? Atau mungkin akibatnya budak-budak ini akan mengalami kehabisan wang lebih kerap kerana membeli rokok? Sudah-sudah nanti duit ibubapa juga yang dihabiskan. Hahaha.
Ini juga berkaitan dengan kenaikan harga gula tahun ini. Salah satu alasan bagi menyedapkan hati kita atas kenaikan ini adalah saranan bahawa pengambilan gula berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan.
Seperti yang dikatakan Hishamuddin Rais melalui tulisannya di Tukar Tiub;
Kalau sayangkan rakyat dan kesihatan rakyat dipentingkan, mengapa hospital mahu diswastakan?
Ini lawak tahun baru 2010.
0 Comments:
Post a Comment