Sunday, January 3, 2010

Apa yang Mungkin Berlaku.

Tahun baru ini aku berfikir dan terus berfikir. Apa yang baru? Semuanya tetap sama. Perut tetap sama besarnya. Komputer riba masih yang sama. Benci tetap yang sama. Hidup juga serupa. Politik Malaysia juga sama. Masih kapitalisme. Apa yang baru? Kenaikan harga gula! Pastilah nanti harga rokok naik juga. Semua pun naik. Gaji saja tidak naik-naik. Kalau mati pucuk pastilah tidakkan naik lagi.

Jadi apa yang bakal berlaku? Tahun ini dan tahun lepas banyak mengajar aku. Meski tahun ini baru seketika. Aku benci keadaan ini. Aku benci dengan kebodohan aku. Kenapa percaya? Kenapa berharap? Tidak pasti itu sudah pastilah tidak sama dengan ya atau tidak. Jika tidak katakanlah ya. Mungkin tidak ada yang akan faham apa yang kukatakan ini. Baguslah. Nanti aku juga yang kena.

Aku mungkin menjadi misogynist. Ha ha ha!

0 Comments: