Pada malam "Black Friday" 8 Januari 2010, aku, Hafiz dan Awang telah pergi melepak dan menikmati shisha di bistro Bun D yang pernah aku ceritakan dalam entri sebelum ini. Agak memalukan, kami langsung tidak mengetahui peristiwa pengeboman tiga atau empat gereja menggunakan "molotov cocktail" yang berlaku di Kuala Lumpur semalam. Kemudian, kira-kira pada jam 2 pagi 9 Januari 2010, kami telah bergerak menuju ke Kuala Lumpur untuk bersiar-siar di tempat-tempat yang terpaksa dirahsiakan. Keadaan malam itu sungguh mencurigakan kerana Dataran Merdeka telah ditutup dan kelihatan banyak kereta berhenti disana-sini, begitu juga sekatan jalan yang dibuat oleh polis dimerata-tempat sekitar bandaraya.
Inilah yang terjadi bila media meyalahgunakan peranan. Haha. Tapi tidakkah ini memang peranan media dari dulu? Menjadi saluran politik dan pakar dalam mengapi-apikan lagi isu yang sudah sedia membara.
Oh, malam itu semasa kami melepak dekat Bandi kami telah bekerjasama mengarang sebuah puisi gara-gara kesunyian dan kebosanan yang tidak terkata. Ajak beberapa orang lagi semua tidak jadi. Akhirnya kami bertiga saja. Ada dua versi berlainan dari aku dan Hafiz.
Puisi Malam Sunyi Sepi versi Hafiz:
Tiga jejaka duduk semeja
menghisap shisha berduka lara
hajat mahu hidup berpunya
namun tiada siapa yang beria
Alkisah lalu seorang dara
bermuka manis comel rupanya
hajat hati ingin menyapa
namun apakan daya tak mampu bersuara
Lalu kembali menghisap shisha
dengan hati tambah terluka
apakah ini nasib mereka bertiga
membujang sampai ke tua?
Puisi Malam Sunyi Sepi versi aku:
Tiga lelaki duduk semeja
untuk mengubat hari yang lara
sambil menikmati kopi tanpa gula
kerna gula naik harga
harapnya esok tak sama
kerna nanti minyak juga naik harga.
Di kedai itu ada pelayan muda
tubuh kecil hangat menggoda
apa lagi lirikan matanya
tapi mulut matikan kata
walau mata terus menoda
Hati berkata "Sampai bila?"
rasa hati sunyi tak pernah lupa
tapi bila dikenang-kenang
masa muda ini tidak semestinya untuk bercinta
banyak lagi yang lebih berguna.
1 Comments:
Gila ah versi ko ni. Sungguh skema namun banyak pengajaran XD
Post a Comment