Thursday, November 4, 2010

Aku dan MLM



Zaman ni siapa lagi yang belum pernah dengar pasal MLM? Aku berani cakap walau dekat kampung-kampung terpencil pun orang mesti at least pernah dengar atau diperkenalkan pasal MLM, port paling strategik untuk mengaut keuntungan berganda-ganda.

MLM ialah ringkasan bagi Multi Level Marketing. Untuk penerangan lebih lanjut, sila Google sendiri. MLM juga kadang-kadang sebenarnya sistem piramid yang menyamar jadi MLM. Sampai aku pun confuse untuk bezakan antara sistem piramid dan MLM.

Sekarang aku mahu cerita pasal pengalaman aku dengan MLM, bukan pasal MLM. Sebagai seorang yang berumur 20-an, aku memang menjadi salah satu target orang-orang yang gila MLM ni dan begitu juga kamu semua yang membaca entri ni, kalau kamu 20-an lah.

Ini pasal orang-orang yang berumur 20-an selalunya:

1. Tengah sibuk mahu dapat duit banyak-banyak cepat-cepat.
2. Darah masih panas, fikiran singkat dan mahu hidup glamour.
3. Mahu beli barang-barang branded, kereta mahal-mahal besar-besar.
4. Mahu jadi hot stuff dan jadi tumpuan wanita dan umpan paling besar selalunya duit. Kau jangan tipu.
5. Mahu berbakti pada orang tua. Kononnya.
6. Berimpian tinggi mahu jadi jutawan atau ribuan atau ratuswan pada usia muda.
7. Hajat tidak kesampaian mahu kerja besar.
8. Terpengaruh dengan lifestyle kawan-kawan yang douchebag.

Berapa tahun lepas aku ingat lagi keadaan yang sungguh membafflekan aku. Tiba-tiba kawan yang lama tidak jumpa mahu jumpa bawa hangout minum-minum lah konon. Jadi sebagai seorang yang kaki hang out aku pun dengan riang hatinya datang dengan loncatan keanak-anakan. Masa tu darah aku lagi panas dari sekarang. Sampai-sampai rupanya mahu introduce pasal MLM. Oh shite.

Member-member aku yang sudah ke office tu dan dipelawa join the 'business' hampir semua cakap offer diorang sangat tempting dan boleh buat kau tidak tidur malam. Untung ribu-ribu dijanjikan dalam masa yang singkat. Formula yang senang kan? Siapa tidak mahu jadi kaya sekelip mata? Buat apa mahu kerja susah-susah kais pagi makan tahi kalau join MLM semua jadi?

Tapi masa tu aku tolak pelawaan diorang dan cakap aku busy study nanti kalau join takut terganggu pelajaran. Walhal aku bukanlah kaki study. Sejak dari hari tu aku cukup maklum sudah kalau ada member-member time sekolah yang ajak pi minum. Selalunya mesti pasal MLM sampai aku menyampah. Start dari time tu aku mengelak jumpa member-member lama.

Bukan aku tidak mahu beli barang-barang mahal. Siapa tidak hingin kalau aku boleh beli motosikal yang harga RM 75k lagi awal? Siapa tidak mahu kalau aku dapat beli macam-macam barang-barang yang harga bukan-bukan? Siapa tidak mahu duit banyak dan lepas tu boleh hidup enjoy lupa dunia?

Tapi masa tu yang aku fikir dalam kepala aku dan sampai sekarang masih dalam kepala aku:

1. Tiada orang boleh jadi kaya dengan cara senang melainkan kau anak orang kaya atau jadi bini orang kaya atau kau menipu atau kau pandai bisnes, bukan pura-pura pandai bisnes.
2. Kalau ada cara senang maksudnya cara itu belum tentu betul.
3. Kalau belum tentu betul, belum tentu halal haram benda tu.
4. Aku percaya benda yang baik dan worth treasuring mestilah datang dari hard work.
5. Aku malas pujuk-pujuk orang untuk join pasal aku malas. Aku benci memujuk orang.
6. Aku meluat tengok orang bajet-bajet duit banyak macam douchebag.
7. Bagi aku lagi berbaloi aku beli barang-barang yang aku boleh enjoy dan main. Bukan main atas katil.
8. Kalau aku betul mahu jadi kaya, aku lagi suka kalau aku kaya hasil kerja sendiri dari kerja bawah orang.
9. Kalau aku dapat duit banyak pun, aku tahu akan pakai duit tu beli benda bukan-bukan.
10. Pasal aku tidak puas hati bagi duit dengan orang dan suruh diorang uruskan lepas tu bagi aku barang yang entah apakan fungsinya jadi ganti.

Untuk jadi kaya-raya-gala dari MLM bukanlah benda mustahil. Apalagi untuk orang yang di atas hierarki kalau sistem MLM tu sebenarnya piramid sistem. Benda yang cliche di penghujung satu bisnes MLM ni biasanya orang akan meluat dan menyampah bila dengar orang promote benda tu dan kemudian, cycle tu akan berulang lagi bila ada lagi MLM company baru yang cakap "Kami buat MLM sistem baru lagi yang lain tu semua tipu percayalah kami kami mahu tolong kamu Bumiputra kita kaya sama-sama." Kepala taik kau.

Lagi satu yang buat aku pissed off ialah modal diorang untuk pujuk orang masuk.

"Kami mahu tolong kau, biar kita kaya sama-sama, sama-sama kita maju Bumiputra hahahaha."

Inilah kata bohong yang paling buduh dan bangsat sekali dalam dunia. Sebelum MLM ni aku tidak kenal pun kau dan sekarang kau mahu jadi jabatan kebajikan.

Tidak akan ada cara untuk jadi kaya dengan mudah. Tapi ada satu cara, tapi sebelum tu kau kena berfikir panjang-panjang dulu (yang juga merupakan cara susah sebenarnya), iaitu;

Fikir untuk buat satu MLM or pyramid system baru lepas tu bawa orang masuk ramai-ramai, duit semua masuk poket kau. Kalau jadi konfirm kau kaya. Lepas tu fikir cara untuk lari, okeh?

More about MLM and pyramid schemes by Aidid Mu'addib.

8 Comments:

N3_XieRRa said...[Reply]

btul2....huhu kna usaha sendiri...

Mat Jun said...[Reply]

agree !

kilique said...[Reply]

Termasuk sa ka tu Joe? lols..

Valossa Vicious said...[Reply]

K: Ahahahha. Secara x sengaja termasuk juga la. No hard feelings okay.

One said...[Reply]

Haha.. Aku nda pernah percaya dgn semua ni MLM thingy. If the product will give benefits to me, I'll buy it and use it by myself. Nda payah paksa orang join itu ini. Aku lebih pentingkan diri sebab aku mau kaya satu orang ja! Haha..

$RauLZaiDi$ said...[Reply]

aku suda kena tu... haha.. d lintas... penama2nya aku rasa ko pun kenal la joe... geng pakai blazer.

tapi sm mcm ko jgk, aku tolak. cakap xda duit, dorang siap tolong listkan lagi punca2 utk aku me-loan.

yg aku noticed, kawan2 lama form1-3 ja bw mlm. kawan2 aku d la salle suma anti MLM. Member-lanyak-member la katakan... sorang ikut, suma menjauhi.takut kena promo. mentang2 la kami ni isap premium (skng downgrade pg Erahijau.cian.) dorang kutuk2 sambil tayang2 dunhill. kimak kan.

aku pun mo buat post mcm ko ni, tapi aku tunggu posting dulu baru edap sikit ngutuk.hehe

ladysyea said...[Reply]

hahaha...sy penah kena gak ni.
hampir2 maw masuk owhhhhh...
tempted kn. sib baik x masuk juga. sbb sy x pndai pujuk org mcm kau! haha. MLM bikin kaya org atas saja.
Penah satu kali, sy kena bawa p kempen dia,sana Damansara. yala, me SABAHAN kn, faca 2 face bha durang bawa sy pg mnum2 kupi kunun! Sy saturang, n then durang 3urg yg kc xplain sy. Ikan besar kali durang nmpk sy kn.haha. yg lain semua di dalam bilik. sy ja kna kc jumpa "bos atas". haha. sbb dorang ckp, sy paling berpotensi! haha! pastu, dia ckp "Sabah ni negeri yg paling bikin banyak untung. jadi,mmg sepatutnya,seharusnya ko ikut kami la." Sebab apa? cuz bnyak Sabahan yg x tahu "taktik" sebenar durang lg kn! itu kawan saturang,sudah ikut. mudah mudahan dia berjaya lah. tumpang jeles seja klu nmpk dia kaya. haha. tapi yg sy nda bleh trima, dia ckp SABAH IS THE MOST POTENTIAL PORT TO SPREAD UR WINGS. COME MONEY COME. haha. jgn igt semua urg sabah buduh,okay. haha. No hard feelings kpd sesiapa yg brkaitan n terasa. trima kasih.

Valossa Vicious said...[Reply]

@One

Selama aku buat blog ni first time kau komen Wan! LOL Betul la tu. Lagipun buat apa aku mau gila meraban beli produk aroma terapi! Gay shit. Apalagi semua produk-produk lain yang x perlu tu. Buduh!

@Slash

Mesti la tau! Hahaha! X tau diorang masih buat or x. MLM ni kalau di semenanjung rata-rata Meleis yang ikut. Orang-orang yang jenis mau goyang kaki tapi mau duit banyak.
X payah tunggu2 lagi. Post saja! Hahaha

@Syea

True, true. Kalau lambat masuk lagi la rendah kemungkinan untuk dpt duit, silap2 x balik modal lagi.
Adui na, ikan besar lg kena cop tu! Tu melampau suda tu. Worry not, most of us are wiser and realize there are better ways to make a living, right? :)