Mula-mula aku rasa macam mau tulis "Selamat Menyambut Maulidur Rasul" dekat blog ni.
Tapi lepas itu aku fikir, betulkah orang menyambut? Dan paling penting, adakah aku sendiri menyambut hari yang mulia ini?
Bukan tidak tahu, bukan tidak pernah belajar sejarah Islam, bukan tidak pernah mendengar ceramah-ceramah di surau, bukan tidak pernah mengucap selawat beramai-ramai selepas solat berjemaah. Bukan semua itu. Bagi semua yang beragama Islam, pastilah benda-benda seperti di atas bukanlah suatu yang asing.
Masa aku tingkatan 1 dan 2 di SMESH, setiap petang aku akan duduk di surau untuk membaca buku-buku yang disediakan di rak, di surau yang kecil itu. Selepas itu telaah surah-surah yang pernah aku hafaz masa di Toh Puan Hajjah Rahmah. Dan selepas itu solat berjemaah hingga Isyak. Dan di pertengahan itu akan diisi dengan aktiviti surau. Setiap hari Khamis wajib membaca Yaasin.
Masa aku tingkatan 3 dan 4, biar enjoy darah muda bersama kawan-kawan yang mencuri, menghisap syabu, fly, jalan-jalan cari hooker, belasah orang, pecah masuk koperasi dan lab, curi masuk asrama perempuan, kena kejar dengan RELA, dan segala bagai (sebahagian benda ini aku buat tapi tidak perlu dijelaskan), tapi kewajipan yang lima itu tidak dilupa. Balik dari fly, terus singgah di surau. Memang bangang. Boleh lagi ikut qiam, kadang-kadang.
Tapi sekarang?
Hah. Memang seronok apabila terleka. Kan?
Apapun, Selamat Hari Maulidur Rasul.
Mahu cakap panjang pun macam tidak layak.
2 Comments:
selalu ingat Dia.
dalam hati.
dalam minda.
sentiasa ingat Dia.
(:
Mungkin.
Kalau itu saja yang termampu.
:)
Cari jalan kembali.
Post a Comment