Monday, February 7, 2011

Cacamarba

Oleh kerana situasi kewangan yang kian meruncing akibat ketidaktelusan dalam pengurusan, juga kerana cuti raya orang Cina, aku balik ke rumah untuk menghabiskan beras. Juga kerana internet bukan benda yang penting di rumah aku, maka blog ini secara tidak sengaja telah mengalami status raya Cina juga.

Selamat Tahun Baru Cina, by the way. Sudahkah anda memakan limau Mandarin sehingga keracunan vitamin C? Jika belum berkesempatan, teruskan lagi.

Semasa sibuk mengunyah limau Mandarin mataku ralit menumpu pada kaca televisyen.

Semasa orang disini ber-dam-dam-dum dengan bunyi mercun dan dam-dam-dum bunyi gendang tarian singa, orang disitu ber-dam-dam-dum dengan bunyi letupan trak, balai polis, kenderaan awam dan peledak buatan tangan.

Semasa orang disini ceria dengan hiruk-pikuk tawa gembira sempena perayaan yang setahun sekali tiba, orang disana mungkin ceria juga dengan hiruk-pikuk jeritan revolusi, mencari arah untuk pengakhiran kukubesi yang tak kunjung tiba. 30 tahun, 30 tahun Hosni Mubarak.

Kukubesi? Mungkin tidak kukubesi bagi sesetengah. Tapi kukubesi juga tidak selalu bermaksud fizikal. Kukubesi kadang-kadang sesuatu yang tidak ternampak pada mata kasar tapi bertindak melalui jaringan halus yang dipanggil birokrasi, juga demokrasi. Ah apapun semua orang mahu menjadi kaya dan berkuasa, tidak begitu?

Malang, bagi sesiapa yang berada di tempat yang salah dan waktu yang salah. Malang, kerana semua itu tidak dirancang tapi itukan aturan dunia? Siapa yang dapat meramal revolusi? Bukan Tunisia yang harus dituding jari telunjuk, kerana hati yang membara itu seperti suis lampu yang menunggu untuk dipetik. Nah sekarang ia sudah menyala, bukan seperti lampu kalimantang tapi seperti lampu minyak tanah yang sudah melimpah.

Revolusi itu tidak selalu indah. Perubahan itu tidak selalunya nikmat, tidak juga selalunya baik, dan tidak juga selalunya berhasil dengan sesuatu yang lebih baik. Tapi naluri manusia itu mahu berubah kerana jika tidak itu bukan manusia, tapi cimpanzi. Maka tercetuslah revolusi. Revolusi itu perlu, kerana manusia itu cacamarba, kerana manusia itu tidak mampu untuk menampung kuasa, tidak mampu untuk menampung nafsu.

Revolusi itu kadang tak terbayar harganya. Dan lebih selalu dari tidak revolusi itu dibayar dengan darah. Kejamnya realiti, revolusi tidak akan selalu menepati janjinya untuk membawa sesuatu yang lebih baik. Tapi naluri membuat ianya perlu, sama seperti keperluan untuk menukar kasut yang sudah menampakkan ibu jari kakimu tersenyum (melainkan kau suka ibu jarimu tersenyum).

Buku yang kita pernah baca kadang-kadang berkata, manusia itu sama tarafnya, semua punya suara, semua berdiri di tanah yang sama tinggi, sama rendah. Tapi benarkah? Jika begitu mengapa ada manusia yang terpaksa men-dam-dam-dum-kan dirinya dengan bom tangan hanya kerana mahu suaranya didengar? Tidak cukup lantangkah suaranya meraung? Tidak cukup nyatakah kewujudannya sebagai seorang yang punya jasad bernyawa?

Hairan, dunia itu cacamarba. Mungkin kerana itulah kadang-kadang berita dunia itu lebih jenaka dari rancangan lawak bodoh di kaca televisyen.

Ini tarian Cha Cha.

16 Comments:

MATAHARI said...[Reply]

kerana realiti lebih realistik daripada catitan dalam buku.
mereka yang mahu berevolusi sudah lama ingin berubah tapi pemangkin/cetusan yang diperlukan.

dang.
dan aku telah hilang ayat.

Valossa Vicious said...[Reply]

Benar, revolusi yang telah berlaku membuktikan perlunya ada yang menjadi pencetus. Tapi, siapa yang mencetuskan ilham sang pencetus revolusi?

Kadang-kadang sang pencetus revolusi itu sendiri tidak telus niatnya. Kadang-kadang ada agenda sendiri.

Realiti terlalu realistik. Tapi kadang-kadang buku cuba menjadi lebih realistik dari realiti. Realistik sehingga menulis lebih dari yang tercatat dalam realiti.

Kadang-kadang. Berjuta-juta kali kadang-kadang.

Biarkan aku mengarut hingga ke pagi.

syam said...[Reply]

jgn smpai cirit birit utk kesekian kali akibat keracunan vit. c xD

p/s: sini s.a teda bunyi langsung pun tarian singa ka mercun ka 1 pun teda. sayup2 sekejap ja dgr fireworks tu hari tp tu pun a few seconds ja -.-

Valossa Vicious said...[Reply]

Hahahaha Thanks for the heads up!

Shah Alam bah tu. Dead town bila time celebration.

Oh hey. Allowance... Allowance...

Still alive?

syam said...[Reply]

allowance allowance i summon you to reveal yourself todayyyy!!! AMINN


hahahahah

eszol raar said...[Reply]

cha! cha cha cha!

ini dunia

lu define sedniri

sape pkai kasut tumit tggi,hentaklah duia ini sesuka hati

Hanis Manis said...[Reply]

"Jika begitu mengapa ada manusia yang terpaksa men-dam-dam-dum-kan dirinya dengan bom tangan hanya kerana mahu suaranya didengar?"


mungkin dia takut impaknya tak begitu kuat sebab suara yang terlalu halus. atau mungkin juga dia takut hilang suara dan tak mampu beli strepsils. mungkin juga bom tangan lebih senang bagi peringatan dari guna suara. mungkin dia cuma nak satu dunia tau kuasa kecil yang dia ada. ah, banyak sangat kemungkinan. ciss.

una berry said...[Reply]

30 tahun tempoh yang sangat lama
punggung pun semacam melekat atas kerusi sampai payah nak turun
heh

The Rebel Kid said...[Reply]

seperti biasa, terkesima dengan indahnya bahasa hingga lupa untuk menilai isinya. haha.

cheers 4 the world peace!!

Clarky Afif said...[Reply]

balik nanti pangkahlah dengan bijak ye budak2 mesir. heh heh heh.

oh aku sedang cari Fragile Things. cuma posses The Graveyard Book which is a good read too.

Valossa Vicious said...[Reply]

@eszol raar

Menari dengan muzik cha-cha dan megah menghentak kaki, memijak dunia.

Sayang tak semua orang menari ikut rentak sama.

Valossa Vicious said...[Reply]

@Hanis Manis

Mungkin kerana strepsil terlalu mahal? Realitinya, suara kecil yang tidak didengar itu terlalu ramai.

Valossa Vicious said...[Reply]

@una berry

Terduduk atas gam UHU kot?

Valossa Vicious said...[Reply]

@The Rebel Kid

Haha. Mengarut pagi-pagi buta.
Cheers!

Valossa Vicious said...[Reply]

@Clarky Afif

Guess what? I bought Fragile Things and The American Gods! Thanks to you, I remember reading his Sandman series, total masterpiece!

Clarky Afif said...[Reply]

JELES!