Siapa-siapa yang tengah baca post ini, selalu baca Harian Metro dan rasa Harian Metro itu betul, sila berambus sekarang. Ini berita paling buduh dan jahanam dan langsat sekali pernah aku baca (walaupun kebanyakan berita Harian Metro memang propaganda dan hiperbola tapi ini yang paling dahsyat).
Kebuduhan Satu (link berita asal) |
Kebuduhan Dua (link berita asal) |
“Polis bagaimanapun tetap memberi perhatian terhadap sebarang bentuk ancaman atau ugutan bunuh yang boleh membahayakan nyawa artis terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Bunuh? Hah? Bunuh? Ugutan? Sejak huru-hara ni start dan jadi semakin panas beberapa hari ni aku follow blog encik Aidid dan juga page "Say No To MLM" dekat Facebook. Seingat aku, tidak pernah sekalipun Aidid cakap dia mahu sembelih AC Mizal mahupun rakan-rakan seperjuangan beliau yang kaki kipas itu. Oh btw Aidid memang pernah cakap 'sembelih', ini ayat penuh beliau;
"Dah lebih 40 tahun manusia dah sampai ke bulan, yang orang Melayu kat Malaysia sebok jual gelang magik alternate universe. Dapat jualan berjuta ringgit pulak tu. Jual gelang cikai yang hanya dapat memberi "placebo-effect' kepada pemakainya. Placebo... tarak guna! Bila la benda macam ni nak berakhir dalam masyarakat kita? Orang Melayu tu sendiri kelentong orang Melayu lain, untuk mengayakan diri sendiri, daripada duit masyarakat Melayu tu jugak. Elok sembelih aje kut..."
Cuba kau baca ayat ni seribu kali. Ada rasa terancam nyawa kau? Ada ka? Kalau aku la, sikit pun aku tidak rasa terancam dengan ayat ni, lain la kalau aku memang ada menipu dan buat salah. So why so serious bro? Ada tiga kemungkinan di sini;
Samaada sang pelapor itu gagal sastera atau Bahasa Melayu sekaligus
atau
Polis yang ambil laporan itu pekak badak atau gagal dalam penulisan Bahasa Melayu
atau
Harian Metro belajar terlampau banyak dengan Shakespeare sampai hiberbola jadi ultrabola
Kalau kau mahu menipu pun, fikirlah sejuta kali. Bukan semua orang ignorant cuma tahu baca berita dekat suratkhabar yang makin mengarut merapuk meraban sekarang ni. Beberapa hari ni kebetulan aku follow hampir semua post encik Aidid tu. Aku bukan backup dia, tapi kalau kau mahu buat tuduhan tidak berotak gitu itu sudah melangkaui batas kedunguan media.
Apa yang Aidid tulis (dari pemerhatian aku), bukan buta-tuli tulis tapi based on fakta dan bukti. Apa yang dia tulis jadi berasas pasal dia ada reference. ACK terang-terang copy testimonial dari website lain dan tukar nama. Bukankah itu bukti malas dan bodoh? Kau cakap dia reka-reka semua benda tu dan semua tu tuduhan pasal dengki? Mari sini aku tanya dan kau jawab guna kepala otak kau.
Kalau betul dia menipu pasal Neodymium tu magnet yang murah dan reka sendiri entri tu, kenapa entri tu sudah lama wujud dalam Wikipedia? Mungkin Wikipedia kurang credible, kau dipersilakan untuk check Britannica dan bagitahu aku nanti okeh.
Kalau betul dia reka-reka website China yang ada jual gelang magnet yang serupa dengan produk ACK kenapa website China tu lagi awal pulak wujud? Lagipun mereka gila ka dia mahu menyusahkan diri pegi buat website semata-mata untuk fitnah AC? Kau ingat dia dapat untung? Mereka gila atau biul?
Kalau betul testimonial- Kejap, adakah mereka bangang? Mana la mungkin testimonial yang ada dekat website yang wujud lagi awal dari ACK boleh copy pulak testimonial diorang dari ACK? Apa kau ingat dunia ini sci-fi dan kita ada time-paradox? Adakah mereka ingat Google itu boleh ditipu dengan mudah? Google is called God of the internet for particular reasons you see. Oh jangan lihat itu dari sudut agama okeh. Kau tidak akan boleh mengubah timestamp kewujudan website ikut kepala lutut kau.
Harian Metro ialah suratkhabar bodoh untuk manusia-manusia yang gila hiburan, lurus bendul dan gila berita sensasi palsu. Gila. Sekian terima kasih. Bacalah Google News untuk kebaikan poket anda dan evolusi otak yang tidak statik.
7 Comments:
Thanks, man!
What else can I say?
You're most welcome! Thanks for dropping by man!
Apart from Aidids' I am more that glad to be your daily visitor. Thumbs up yea..
its called spinning and twisting to divert attention from the real issue at hand to something that is completely not relevant at all -- and all that from NOTHING.
the only way the police and the authorities would investigate is IF someone lodges a police report. thus far, no one has. so until then the authorities won't do jack shit.
i just read the wall post at ac mizal's page and he is going on and on about how he supports "kedaulatan raja2 melayu" again, another tactic to divert attention.
so why dont we all start a pressure group at facebook to get the attention of those in power to do something. please join this page.
http://www.facebook.com/?ref=home#!/pages/Kami-Mahu-AC-Konsortium-Disiasat/123043917754632
and aidid, u did good, bro! a big thank you to you.
@Snowflake
Thanks!
@Anon
I agree. Since the Malays are very sensitive about ketuanan Melayu and the royal family, it is indeed an effective way to divert intention. These kind of people...
I'm gonna join that page. Wait.
"Kau tidak akan boleh mengubah timestamp kewujudan website ikut kepala lutut kau."
LOL joe.
Google hebat bha. Suda delete pun ada dalam cache. Dasyat betul sistem tu. Hahahaha
Post a Comment