Pages

Showing posts with label List. Show all posts
Showing posts with label List. Show all posts

Tuesday, November 2, 2010

Antara Bajet Cool dan Macam Sial

Kau bajet cool bila:

1. Beli barang mesti ada brand. Beli baju branded. Jam branded. Kasut branded. Stokin branded. Boxer branded. Tapi pakai duit pa and ma. Beli kereta mesti mahu brand import, brand tempatan semua boleh buang laut. Tapi kau cakap macam ni sebelum dapat gaji la. Lepas dapat gaji hidup sendiri baru kau tahu langit tinggi rendah.

2. Kalau cakap dengan perempuan dalam kuantiti melebihi 2 orang tiba-tiba kau jadi manusia paling hebat, paling gagah, serba boleh, semua pun tahu walhal member sebelah kau kenal lebih 4 tahun dan tahu kau kencing terlebih sudah. Kau rasa itu paling penting pasal kau ialah orang yang paling hot dan semuanya adalah tentang kau.

3. Bila bercakap kau tidak habis-habis pakai terminologi yang orang lain tidak faham jadi baru kau nampak ada knowledge. Tapi aku konfiden kalau aku tanya kau term-term tu secara detail konfirm kau gelabah sampan.

4. Tiba-tiba kau murah hati belanja orang kalau masa keluar tu ada kehadiran manusia yang berjantina wanita. Sebelum ni taik hidung kau lagi masin dari telur penyu.

5. Kau suka cakap lelaki ni makhluk yang functionalist walhal barang-barang yang kau ada dan banggakan macam tunjuk kau ni mangsa kapitalis.

Kau macam sial bila:

1. Barang-barang mahu branded tapi bila barang yang basic dan keperluan kau kedekut macam lancau dan prefer pinjam dan minta orang.

2. Cakap berdegar-degar macam kau paling hebat dan tampan macam M. Nasir sedangkan kau ni macam sampah, langsung tiada effort untuk belajar benda-benda baru.

3. Bajet macam tau macam-macam apa bagai tapi sibuk pulak tanya-tanya dan plagiat kerja orang. Jangan la hidup jadi parasit gini. Sungguh menyesakkan jiwa. Patut ditanam hidup-hidup.

4. Bila kau rasa kau manusia paling kacak/cantik/hebat dan sempurna dan kau tunjukkan itu dengan bangganya pada orang lain, malah kau nyaris-nyaris bagitau pada orang dengan mulut kau sendiri. Itu perbuatan yang sangat jijik dan langsung tidak seni.

5. Kau layan orang baik gila babi untuk kepentingan diri kau, bukan dengan tulus ikhlas hati kau.