Tapi, semasa aku masih kecil itu aku terfikir suatu perkara, lebih kepada teori. Satu-satunya tempat yang merisaukan aku jikalau hantu muncul secara kejutan hari jadi ialah jamban. Sebagai Muslim, kita semua tahu kita tidak patut mengucapkan salam ketika di dalam jamban, apatah lagi membaca ayat-ayat suci. Kalau tidak kita bisa menerima penampar manja dari orang-orang yang sensitif tentang agama.
Jadi, fikirku sebagai seorang budak kecil ketika itu, aku tertanya. Macamana kalau hantu keluar dari lubang jamban? Terutamanya tandas cangkung. Aku selalu terbayang sebatang tangan yang berjemari panjang dan berkuku tajam berbisa akan keluar dari mangkuk tandas dan... Bayangkanlah sendiri implikasinya kepada anda yang sedang enak meneran najis! Bolehkah masa itu aku melaung azan kuat-kuat dan menghalau hantu tersebut atau cuba membaca ayat Kursi? Begitulah persoalanku waktu itu. Well honestly it doesn't sound so good to recite part of the holy book while our ass is spewing with shit!
Kemudian, apabila aku meningkat dewasa, semuanya jadi tidak relevan. Kerana belum pernah lagi ada tangan hantu berjari panjang yang cuba mencakar, mengorek, menjolok ataupun cuba menculik aku ketika membuang air besar. Walaupun hantu lain mungkin wujud, seperti juga hantu-hantu yang digunakan kerajaan, hantu lubang jamban berjari panjang berkuku tajam itu tidak wujud. Aku pasti.
Pernahkah anda melihat hantu ini? Atau menjadi mangsanya?
Sila berikan komen jika anda pernah.
Ini Cradle of Filth. Walaupun filthy, bukan hantu jamban. |
8 Comments:
err.. hadas besar??
Eh, my mistake. Air besar. Bukan hadas besar! Thanks for notifying! :p
Hantu jamban? Not yet.
Hantu pocong? Yes...but that was a mean trick played by my dad.
Hantu general (as in generally hantu)? Selalu. Banyak. People is generally hantu given particular situations.
pernah encounter dgn bunyi2 beliau shj
at 1st takut gila 'coz I was on my period at that time so of course xbole recite holy phrases kan?
2nd time dah malas nk layan.wat dowh je la
oh my... ive always imagined that when imagination took over the the logical mind... hahaha!
@Dict
You mean your dad played as hantu pocong? Oh wow, that's cool.
I know what you're talking about.
@Una
You must be tired of hearing just sounds and expecting em to come? LOL
@Nekochan
Are you still doing it now?
Kita baca doa sebelum masuk tandas sebagai perlindungan yang maksudnya berbunyi: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada jin-jin jantan dan betina. Aku berlindung kepadaMu daripada kekotoran najis yang keji dan yang mengkejikan, yaitu syaitan yang terkutuk." Tidakkah anda?
Malangnya antara banyak2 doa, doa masuk tandas yang paling selalu saya lupa. Betulkah anda membacanya setiap kali masuk ke tandas? Bagaimana dikala kecemasan apabila najis sudah berada di penghujung kudratmu menahan?
Post a Comment