First, watch this video.
Mula-mula, sekali serius aku cakap aku seram-sejuk tengok video si Shida ni menyanyi. Menyamar jadi lelaki dan menjadi lagi tu! Tidakkah itu membuatkan bulu roma anda meremang? Sepanjang aku tengok video tak habis-habis aku buat ekpressi muka yang berubah-ubah seperti
-.-
O.o
O.O
o.o
=.=
x.x
Tapi walaubagaimanapun, sikit pun aku tak benci dia ataupun kondem hobi masa lapang si Shida ni. Satu, hobi dia ni tidak pun menyusahkan hidup aku mahupun hidup orang lain. Dua, aku tabik sama dia pasal ada balls (?) untuk buat miming siap dengan costume dan makeup. Kalau aku pun kena fikir 10-20 kali dan lepas tu konfirm tak fikir lagi kot. Bagi aku, ini perbuatan yang boleh mendatangkan aib. Hahahaha
Seaib-aib si Shida macam ramai yang orang cakap, aib lagi aku rasa kissing depan KLCC atau berlakon secara tidak sengaja dalam 3GP. Aib lagi tayang-tayang duit orang lain buat bentuk kipas dalam Facebook. Aib lagi pos-pos dekat Wall sendiri mahupun Wall orang dengan tidak tau malu ajak orang ikut MLM dekat Facebook.
Sekurang-kurangnya si Shida ni bijak juga untuk jadi selebriti Youtube dalam masa yang singkat. Paling penting, dia kreatif dan ada inovasi. Walaupun video dia buat aku seram sejuk.
Lagi satu, orang selalu kaitkan apa yang dia buat tu dengan profession perguruan. Apakah the jimak masalah disitu? Malu lagi aku rasa cikgu yang abaikan mengajar dan anak-anak murid untuk ikut bisnes entah apa-apa, terutamanya MLM atau Forex. Kenapa Forex? Pasal buat Forex ni makan masa yang lama. Jangan harap la dapat tidur lena malam hari kalau kau betul-betul buat Forex.
Bagi aku, cikgu-cikgu bebas untuk kejar minat diorang asalkan pengajaran tidak terganggu. Professionalism. Kalau minat untuk mengajar sudah hilang, keluar dari bidang mengajar, senang. Jangan buang masa pelajar-pelajar di sekolah. Paling penting, mengajar itu memerlukan minat, bukan kerana terpaksa. Kalau seseorang guru itu memang minat mengajar, betapa cacamerba pun perangai beliau atau betapa gengster dan outlawnya pun beliau, apa yang diajar tetap akan membuahkan hasil yang baik.
Konklusinya, aku cool dengan Cikgu Shida.
14 Comments:
dia ada buat video miming lagu ana raffali.. siap ada setan bagai.. sumpah kelakar ! HAHAHA
yup, im cool with her too. ^^v
wow..... he, i mean, she does look masculine!
wow....
again, wow..
thanks for sharing this.. n i agree with, the whole entry....
Compared to the 3GPs and videos yang memalukan, her videos are pretty okay. Actually, videos cam Cikgu Shida sebenarnya nothing new. Some people do it, such as the Chinese Dormitory Boys. Some people complain dan kutuk macam2 is because:
a) she wears tudung (and a Malay and Muslim)
b) she's a teacher
Kalau Cikgu Shida bangsa lain, people wouldn't be bothered to condemn her.
Actually, she's one of the example that what should be done kalau nak sangat jadi Youtube star.
-Diyana-
@belle
I've seen that one in her channel. Seram sial
@Neko
So when can I see your own miming session? Heheheh
@Yuki
I tell ya. Hahaha No problem. Thanks.
@Chii
Which Diyana is this?
After all people took it so negatively just because of her job and race... Of all things they should be more concerned about. Funny these people. lol
haha~ valossa, I dont mime, I scream my lungs out! haha~ nice vamp pic btw... likes~
sy x brani tgk the vid. hahaha. the minute i saw the word seram..my desire to click the vid gone in a split second haha..xpa la..next time :D
i agreed with u. the meleis condemned her like she was making another "KLCC shoot". what if she is not a malay. why do they need to condemn her by here profession. she is just another relovutioner with her interest. like us, with our blog.
i wish i have her guts. muka xde perasaan. gler berani mati aci kerat jari minah ni! haha.
I was blog-hopping from Afeeya's blog and found Fitri Natasha's blog and stumbled upon your blog, that's all.
"apakah the jimak masalah disitu?"
a pretty ingenious way to say what the fuck is the problem there!
kudos.
:)
@belle
Uhh, what happened to your comment?
@Neko
Go for it! Thanks
@Syam
You should watch it! It's exceptionally epic.
@Matahari
There's nothing wrong with being different, yes?
@Rebel
I dare you do something close to what she did. Hahahah
@Diyana
I see. I have a friend named Diyana too, that's why I asked and surprisingly your writing resembles hers.
@Tasha
Hahahaha bontot yang jahat?
Post a Comment