Kali ini aku akan menulis dalam Bahasa Melayu yang bukan bahasa ibundaku kerana aku bukan Melayu. Mungkin wajar Bahasa Melayu ditukar namanya jadi Bahasa Bumiputra? Setuju? Aku tidak berikan tahi pun.
Sila abaikan pos sebelum ini, siapa kisah entri-entri ini peribadi atau tidak? Kita manusia ini suka berhalusinasi. Bukan dengan ganja atau hashis tapi dengan kebodohan sendiri. Tiada siapa peduli apa sepatu yang kau pilih, warna tali lehermu, bajumu bergosok atau tidak, kecuali manusia yang bodoh dan suka menilai hal-hal yang remeh. Tapi tunggu, jika begitu maksudnya manusia itu kebanyakannya bodoh. Antara dua barang yang berfungsi serupa, sekata malah sebiji sama, mengapa dipilih yang mahal harganya? Sedangkan pendapatan tidak seberapa. Kau sama macam aku, manusia makan gaji, hamba zaman moden. Salaryman kata orang Jepang. Semuanya kerana... Bodoh barangkali? Tidak payahlah aku sentuh konsumerisme atau yang sewaktu dengannya. Sememangnya, kita lebih suka sesuatu yang dipandang berbanding nilai dan isinya.
Apa yang aku cakap tadi? Halusinasi? Berbalik pada halusinasi, biar aku bagitahu perbuatan yang kerapkali aku perhatikan di Bukumuka. Manusia yang mengadu-ngadu putus cinta di dunia sebenar dan mengeluh, berkeluh-kesah di dunia virtual. Dengan harapan ada yang kisah, ada yang prihatin, ada yang penyayang. Prihatin sangatlah dengan hanya membalas komen dengan "Bawalah bersabar..." "Dia tu memang macam babi." "Itulah aku sudah cakap..." Ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian, itu sangat membantu. Sememangnya menaip diatas keyboard itu serupa dengan bercakap bersemuka. Atau tidak. Perbuatan diatas sangatlah membuang masa dan mampu memberikan impak yang jahanam untuk orang lain. Bila anda bermasalah, kongsilah dengan rakan-rakan, keluarga atau kaunselor, bercakaplah, gerakkan mulut seperti manusia, jika tidakpun, angkatlah pena dan tulis, untuk tatapan dirimu sahaja. Kerana dirimu begitu berharga. Untuk pengetahuan anda yang sedia tahu, di dunia ini berjuta-juta orang putus cinta. Bertambah seorang lagi yang putus cinta tidak akan mengubah apa-apa, ikan paus tetap akan mati, kucing tetap menimbus tahinya, dan dunia ini tetap akan berakhir. Tiada yang berubah, kecuali hidup kau sendiri. Baik atau buruk perubahan itu, itu hal kau sendiri. Tiada yang boleh mengubah pemikiran dan ilusi dalam kepala otak kau kecuali diri kau sendiri. Terima kasih.
Jadi kesimpulannya, Bukumuka ini sudah menjadi tempat orang berkongsi diari awam yang boleh dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Kalau difikirkan, jika benar orang-orang Yahudi atau Amerika mahu menyerang negara-negara lain, ia sudah jadi terlalu mudah. Untuk menyelongkar dan menyiasat psikologi, pemikiran, atau perancangan, mereka punya Bukumuka yang terkandung semua fikiran-fikiran orang ramai. Untuk rancangan hendap dan serangan udara atau kemasukan tentera, mereka punya Google Earth dan Garmin, tidakkah senang? Tidak perlu memeriksa peta, malah ada arahan bersuara dari komputer. Semua lokasi boleh jumpa punyalah. Bentuk geografi pun amatlah jelas, tiada kesusahan langsung untuk menghantar unmanned misil.
Mungkin tidak perlulah aku tulis panjang-panjang disini. Itupun kalau kau baca post ni. Bye.
1 Comments:
This is also good to see the market for what people want to hear through their speakers.
Post a Comment