Pages

Monday, September 27, 2010

Kau Sikit Pun Tidak Cool

Ini satu benda yang agak kontra bagi aku sebagai seorang pendidik Bahasa Inggeris. Lebih ironi lagi entri ini dalam Bahasa Melayu. Ini benda yang telah agak lama aku perhatikan dan sumpah-sumpah (bukan biawak itu) untuk beberapa kurun.

Kau tidak cool walaupun kau pandai cakap English.


Kesimpulan yang aku buat setelah melihat segelintir manusia yang begitu takbur, bangga, dan riak hanya kerana mereka mampu bercakap dalam bahasa kolonial yang dibanggakan sebagai bahasa antarabangsa ini. Apa yang kau bangga bai? Kau lahir dengan bahasa itukah? Kau lebih muliakah kerana begitu fasihnya kau bertutur dalam bahasa itu? Oh tidak, aku tidak sedikit pun hasad dengan kau kerana aku juga boleh bertutur dalam bahasa itu.

Kalau kau bodoh macam lembu, kau tetap bodoh macam lembu walau kau bercakap dalam English.


Untuk pengetahuan kau, pengetahuan dalam bahasa ini bukanlah sesuatu yang patut kau banggakan. Pasal apa? Pasal bahasa ini terlalu biasa, bahasa Inggeris ialah salah satu bahasa yang paling mudah dipelajari. Malah kebolehan menguasai bahasa hanyalah kebolehan sampingan. Jadi bagus sangatlah tu kalau kau riak dengan hanya setitik ilmu di tengah lautan. Bagi aku hidup ini lebih dari setakat itu dan tidak pernah aku bangga hanya kerana aku boleh bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris.

Apa kau bangga dengan bahasa manusia-manusia yang pijak kepala datuk nenek kau?


Atau kau bangga dengan bahasa bangsa yang memulakan pemerintahan kapitalisme di negara ini?



2 Comments:

Ai.Zuhair said...[Reply]

wahaha. dengan sapa ko bengang ni joe?

fs said...[Reply]

best.best.